PENOLONG KETUA KELAS



Semalam dok belek-belek sijil time sekolah dulu. Banyak juga sijil penyertaan dan penghargaan aku sebenarnya ya walaupun tak aktif sangat. Ikut sedap mana la aku nak join apa-apa kan. 

Ada la satu sijil ni yang aku perasan, PENOLONG KETUA KELAS? Yeke ni aku pernah jadi penolong macam tak percaya ha. Tapi kalau korang perasan la kan zaman sekolah dulu kalau sorang tu jadi ketua kelas sampai dia naik kelas lain pun still orang akan undi dia jadi ketua kan? Contoh dari form 1 jadi ketua kelas sampai form 5 pun mseti dia jadi ketua kan? Sebab oarang dah percaya kot dekat dia aku rasa. 

Tapi aku jadi penolong ketua kelas ni masa form 3. Tu pun secara tak sengaja sebab penolong ketua asal naik pangkat jadi ketua dan ketua kelas asal jadi pengawas sekolah. Haa.

Benda yang paling aku tak boleh lupa masa jadi penolong ketua kelas ni masa kalau ketua kelas aku tak datang. Cuak weh lagi-lagi masa cikgu masuk kelas. Murid-murid mestilah bangun dan bagi salam kan. Ketua atau penolong mesti jadi 'kapala' cakap dengan kuat. 'SELAMAT PAGI CIKGU' (kelas seisi pagi.). Tapi yang lawak nya suara aku mesti pelahan je pendek kata tak dengar la wei. Aku tak tau apesal jadi macam tu. So, bila dah terkena tu, kalau ketua kelas tak datang je ada, ada la seorang wakil budak lelaki (ex-bf) kelas aku tolong bagi salam kan dulu. Dia macam dah tahu sangat perangai aku kot time tu. Hape punya penolong la kan.

Dan benda yang aku tak boleh lupa, bila cikgu tak masuk kelas. Cikgu akan panggil ketua atau penolong kelas sebab nak bagi homework atau nota. Ha bab nota ni memang tak boleh bla la. Ketua aku tu mesti pas dekat aku suruh buat. Katanya tulisan tak cantik. Bila aku tanya majoriti nak baca ke nak salin dekat papan hitam. Semua nak salin je. Waduh! Mau gamak aku bertepung gomak dengan kapur putih. Kalau nota sikitnya tak pe. Ini sampai dah tulis bagi penuh, kena tunggu depa salin bagi habis padam balik tulis lagi. Korang mesti tahu punya kan. hehe.

Ha dan lagi yang tak boleh lupa cikgu Sejarah aku, tak ingat lak nama. Sikit-sikit mesti panggil aku bukan nak panggil ketua kelas kan. Ada la satu hari dia suruh hantar buku folio, biasa la time sekolah mesti ada nak buat macam-macam folio kan. Aku dok kira-kira buku folio tak cukup pulak nak hantar means ada sorang la tak hantar kan. Bila aku tanya tak nak mengaku. Dah aku kena cek satu-satu. Memang ada la kan budak perempuan sorang tu. Biasa la sekolah tak siap kerja memang tak sah. Aku pun sama je. Aku bawa la folio tu jumpa cikgu sejarah aku tu. Aku pula yang kena marah sebab tak cukup. Cikgu sejarah tu siap warning lagi. ''Minggu depan hari Isnin, awak kena pastikan dia hantar dekat meja saya before 7:30!'' 'Kalau tak dua-dua kena''! Dalam hati aku, panas je. Nasib la aku kawan je dengan budak tu. Tapi budak tu perangai dia sampai sekolah tepat-tepat loceng bunyi. Nasib baik la isnin tu dia hantar awal. Dak kerja aku nak hantar pula dekat Cikgu Sejarah tu. Tapi masa aku hantar tu, cikgu tu tengok pastu dia baling buku dia cakap dekat aku suruh dia buat balik semula. Aku macam sentap je sebab masa tu kan sibuk nak perhimpunan. Ramai kot cikgu dengan student lain masa tu. Aku punya la malu sebab dah macam aku punya folio dah. Lepas kejadian tu aku cakap la dekat membe aku tu 'ko pegi la hantar sendiri, cikgu tu nak jumpa ko sendiri'. Dia diam je.

Naik je form 4, memang tak la aku jadi penolong lagi. Penolong tak bertauliah kan. Hehe.. Bukan senang nak jadi ketua atau penolong ni sebenarnya. Banyak tanggungjawab dan pengorbanan macam kes aku dekat atas. 




Hi nama saya Aulia Nur Khayla! Glamor tak?
(anak buah ke 5)


Sekian, Salam Jumaat. 


0 mulut manis:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...